PAUTAN KE LAMAN BARU DENGAN PAPARAN MOBILE LEBIH JELAS
I found a new and exciting web builder at SimDif. I got my content up and linked nicely with my Flipbooks also. Find me here.
We talk in three languages here - English, Malay and Kenyah Lebu' Kulit. If there is anything you find interesting, please feel free to drop me a line or two here.
.
SLIDESHOW HASIL kerja KRAF

PRODUK ASAS
TERABAI / KELEMPIT
Produk ini unik sebagai barang kraf Borneo, suatu budaya warisan suku Dayak yang pelbagai. Motif yang terpapar pada produk adalah mengikut kemahiran pengukir. Arah aliran corak pada produk ini masa kini sedang menyerap semua bentuk motif setiap suku dan bangsa di negara ini sehingga ia selayaknya dianggap sebagai satu produk berciri nasional. Secara tradisi, perisai adalah satu dari alat perang suku, yang dihargai tinggi. Sesuai peredaran waktu tanpa konflik kesukuan kini, ia dilihat sebagai satu barang hiasan yang harus kekal. Sedikit penyesuaian di dalam pembuatannya adalah pada bahagian belakangnya yang tidak lagi dipasang pemegang (opsyenal) supaya ia boleh dipasang di dinding dengan lebih rapat dan rapi.
PEMBAHAGI RUANG
Divider / Pembahagi Ruang
Produk ini dihasilkan mengikut saiz pesanan. Biasanya, seluruh saiz papan lapis 4’ X 8’ dengan ketebalan 10mm adalah pilihan popular. Komponen tambahan adalah bingkai lilitan di semua sisinya untuk memberi kekuatan tambahan kepada produk. Ia biasanya dipasang sebagai pembahagi ruang, samada di ruang tamu ataupun di mana mana bahagian rumah yang mahu dipisahkan untuk privasi.